Sunday, April 29, 2007

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung
6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia2
yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada
zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya
kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2
wanita" -Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Diantara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" -
Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan
terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah
dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang
yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit
oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya
hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang".
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -
Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyam-
paikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2
besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar
mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" -
Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian
yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat
akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan
kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput &
sunga

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga
negeri Arab kembali menjadi padang rumput &
sungai2" - Sahih Muslim

Wednesday, April 18, 2007

Tanda-tanda orang bahagia

Ada 4 tanda-tanda orang yang mendapatkan kebahagiaan, yaitu :
1. Mempunyai Istri yang shalehah
2. Mempunyai Anak2 yang shaleh
3. Pergaulannya dengan orang yang shaleh
4. Rizkinya berada dinegerinya sendiri
(Tanbihul ghafilin)